Pendaftaran Peperiksaan SPM & SPMU 2013 | Blog Berita Online

Pendaftaran Peperiksaan SPM & SPMU 2013

March 4th, 2013 0 Comments Info, Pendidikan

Pendaftaran calon sekolah dan calon persendirian bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2013 telah dibuka mulai 1 Mac 2013 seperti yang telah dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran.

Borang Pendaftaran SPM dan SPMU

Calon Sekolah

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing.

Calon Persendirian

  • Borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

Syarat Kelayakan – SPM

Calon Sekolah

  • Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
  • Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

  • Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
  • Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
  • Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
  • Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

Syarat Kelayakan – SPMU

  • Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2013 adalah pada 31 Mac 2013.
  • Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima.

Maklumat

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg