Siri kartun Pingu yang selalu menghiasi hari-hari anda pastinya membuatkan anda sekeluarga terhibur walaupun tanpa apa-apa dialog dan cuma sekadar bunyi serta perlakuan sekumpulan penguin bukan?

Namun, tahukah anda pencipta kartun ini yang bernama Tony Wolf atau nama sebenarnya, Antonio Lupatelli telahpun meninggal dunia pada Jumaat lepas di usia 88 tahun.

Karier Tony yang begitu aktif dan produktif menunjukkan penerimaan terhadap buku serta komik kanak-kanak yang turut diterima dengan begitu meluas.

Selain itu, Tony Wolf juga terkenal bukan sahaja kerana dapat menerbitkan pelbagai jenis karakter kisah dongeng yang lain malah, beliau juga terkenal kerana mempunyai pelbagai nama pena seperti, Oda Taro, L’Alpino dan Antony Mo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.