Pelancong dari China dirakam membuang balutan plastik barangan bebas cukai di lokasi pengambilan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.

Menurut Korea Times, kawasan tersebut yang juga merupakan kawasan menunggu di sebelum menaiki pesawat dipenuhi beratus-beratus balutan plastik.

Pelancong dari China didakwa membuka balutan dan membuangnya ke atas lantai walaupun tong sampah disediakan berdekatan dengan lokasi.

Untuk mengurangkan jumlah sampah, Korea Airports Corporation terpaksa menambah jumlah kakitangan pembersihan.

Lapangan terbang Jeju juga merancang untuk mendenda kelakuan membuang sampah di atas lantai pada masa hadapan.

LEAVE A REPLY