Pelakon Bollywood, Jiah Khan Mati Bunuh Diri

Pelakon Bollywood, Jiah Khan Mati Bunuh Diri

Pelakon Bollywood, Jiah Khan ditemui mati di rumahnya di Mumbai kes yang didakwa sebagai bunuh diri. Khan, 25, ditemui menggantung diri dalam biliknya pada malam Isnin oleh ibunya, menurut polis Mumbai.

Khan mula berkecimpung dalam filem Bollywood pada 2007 dalam karya Ram Gopal Varma “Nishabd” membawa watak utama seorang gadis berusia 18 tahun berganding dengan pelakon terkenal, Amitabh Bachchan.

Filem terbabit berdasarkan novel klasik Vladimir Nabokov, “Lolita”.

“Saya tidak pernah lihat seorang pelakon baru dengan keberanian dan semangat daripada Jiah semasa saya mengarahnya dalam Nishbad,” kata pengarah filem, Varma di dalam akaun Twitternya.

“Saya tidak tahu apa punca kepada ini tetapi Ijah sangat sedih tentang kerjayanya dan bimbang tentang masa depannya,” katanya.

Khan, nama sebenarnya Nafisa Khan, lahir di New York dan membesar di London.

“Nishabd” mendapat pelbagai reaksi dan gagal mencapai kejayaan di box office Bollywood tetapi Khan kemudian memegang watak pelakon pembantu untuk filem seram ”Ghajini” pada 2008 dan komedi “Housefull” pada 2010.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.