Seorang pelajar perempuan Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam, dilaporkan hilang semenjak Sabtu lalu.

Sharifah Nur Shuhada binti Syed Anuar, dilaporkan hilang di sekitar Rawang atau Serendah kira-kira jam 1 petang, dipercayai bersama dengan seorang lelaki yang berasal dari Klang.

Difahamkan keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka pada Ahad lalu.

Menurut rakan mangsa, Hidayatul Suaidah, lelaki yang bersama anaknya, Amirul, ada menghubungi dan mengugut bapa mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa dan suspek, diminta menghubungi sepupu mangsa, Fadhil Saufi di talian 011-37554744.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kehilangan mangsa.

LEAVE A REPLY