Pelajar perempuan lengkap beruniform kantoi berzina dalam semak!

By | February 11, 2014

Sepasang kekasih yang seirng menjadikan kawasan semak untuk memadu asmara terjerat apabila mereka ditahan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di kawasan semak berhampiran Taman Kulim Techno City di Kilang Lama, petang kelmarin.

Dalam serbuan pada jam 3.30 petang, pelajar perempuan yang menuntut di tingkatana enam atas sebuah sekolah di sini dan teman lelakinya iaiti pelajar Kolej Komuniti di Pahang, didapati sering menjadikan kawansan semak itu sebagai tempat memadu asmara.

Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, pasangan terbabit yang masing-masing berusia 19 tahun ditahan di kawasan semak berhampiran taman berkenaan.

“Kami menerima aduan mengenai kegiatan pasangan pelajar terbabit yang sering berkunjung di kawasan semak itu untuk memadu asmara.

“Lima penguat kuasa bersama beberapa penduduk taman terbabit mengadakan pemeriksaan di kawasan semak itu dan menemui sebuah motosikal.

“Kira-kira dua meter dari motosikal itu, mereka menemui pasangan kekasih terbabit di dalam semak dan pelejar perempuan itu masih memakai pakaian sekolah,” katanya.

Azmi berkata, hasil soal siasat, pelajar perempuan itu yang bakal menduduki peperiksaan STPM tahun ini, mendakwa dia sudah berkawan dengan teman lelakinya sejak beberapa tahun lalu.

“Teman lelakinya kini menuntut di sebuah Kolek Komuniti di Pahang dan setiap kali teman lelakinya pulang ke Kulim, mereka akan mengadakan pertemuan di kawasan semak itu selepas teman lelakinya menjemputnya pulang dari sekolah.

“Kebiasaannya, mereka akan bersiar-siar dulu sebelum ke kawasan semak itu.

“Namun, tindakan mereka disedari penduduk taman perumahan itu yang melaporkan kepada penguat kuasa PADK,” katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit akan didakwa di Mahkamah Syariah Kulim mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah Tahun 1988 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM 2000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Incoming search terms:

Author: Ali Wowberita

Ali merupakan salah seorang penulis di Wowberita.org. Mula menulis sejak 2011 sehingga sekarang. Seorang pemegang ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM Shah Alam.

Leave a Reply