Marang – Bukan sahaja dipukul, seorang pelajar tingkatan empat mendakwa diraba sekumpulan remaja perempuan di belakang sebuah sekolah di daerah ini.

Selepas dipukul dan seluar mangsa ditanggalkan, kejadian jam 5 petang pada Selasa lalu disebar melalui Facebook dan WeChat, lapor Harian Metro.

Remaja itu dipaksa ke situ oleh dua gadis yang tidak dikenalinya setelah motosikal yang dinaikinya dirampas oleh mereka. Suspek yang marah pada mangsa terus dipukul dipukul di kepala.

“Tidak cukup dibelasah, mangsa mendakwa seluar yang dipakainya turut ditarik selain mendakwa turut diraba dengan kejadian berkenaan dikatakan dirakam,” kata sumber kepada akhbar itu.

Mangsa membuat aduan polis kerana rasa diaibkan selain bimbang keselamatan dirinya.

LEAVE A REPLY