Kota Bharu – Tembelang seorang pelajar wanita berusia 19 tahun yang cuba menyembunyikan kelahiran bayi, akhirnya terbongkar selepas pengawal keselamatan sebuah kolej di Lembah Sireh menemui mayat bayi dalam tong sampah di sini semalam.

Remaja terbabit, dikatakan mengadu sakit perut dan pihak pengurusan kolej membawa pelajar berkenaan ke hospital kira-kira jam 8 pagi.

Walau bagaimanapun pelajar perempuan yang berasal dari Perak itu, dikatakan menyembunyikan kelahiran bayinya sehinggalah pengawal keselamatan menjumpai mayat bayi yang dilahirkan dalam tandas bilik air di bilik pelajar berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Pengawal keselamatan kolej itu berasa curiga selepas mendengar perbualan pelajar perempuan yang ternampak titisan darah yang banyak dalam bilik kolej di tingkat dua dan terus menjalankan siasatan terhadap bilik pelajar yang disyaki.

Ketika masuk ke kawasan bilik di tingkat dua itu, pengawal terbabit nampak banyak titisan darah atas katil dan di atas lantai sehingga ke dalam tandas.

Terkejut dengan keadaan itu, pengawal terbabit memasuki tandas berhampiran bilik itu dan turut melihat tompokan darah dan seluar yang dibungkus serta dibuang dalam tong sampah.

Pengawal terbabit cuba membuka bungkusan itu dan terkejut apabila melihat mayat bayi lelaki yang cukup sifat serta masih bertali pusat berada dalam bungkusan itu.

Namun pelajar yang melahirkan bayi itu tiada di dalam bilik ekoran mendapatkan rawatan di hospital selepas mengadu sakit dan bertindak menyembunyikan kelahiran bayinya itu.

Mayat bayi terbabit di bawa ke balai polis selepas pihak pengurusan kolej menasihatkan pengawal berkenaan membuat laporan polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus selepas laporan dibuat.

LEAVE A REPLY