nahasSebuah pesawat yang membawa sebuah pasukan peserta akhir untuk kejohanan bola sepak Amerika Selatan telah dilaporkan terhempas di Colombia, lapor RT.

Menurut laporan berkenaan, pesawat yang membawa kira-kira 72 orang penumpang itu terhempas akibat kekurangan bahan api kira-kira jam 10:15 waktu tempatan di Cerro Gordo, La Union, Medellin, Colombia.

Pihak bomba La Union mengesahkan sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera dan sedang dipindahkan dari lokasi kejadian, bagaimanapun pihak bomba belum mengesahkan jika ada melibatkan kehilangan jiwa.

1

2

Pesawat itu dikatakan membawa pasukan kelab Chapecoense menuju ke perlawanan akhir kejohanan bola sepak Amerika Selatan dijangka akan mendarat di lapangan terbang antarabangsa José María Córdova.

terhempas-2

terhempas-1

LEAVE A REPLY