KOTA BHARU – Cuti bersalin selama dua tahun, itu tawaran Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah jika Pas diberi mandat mentadbir negara ini dan beliau diangkat menjadi perdana menteri.

Tawaran tersebut dinyatakan beliau semasa menyampaikan ucapan penerangan mengenai manifesto Pas Kelantan PRU14 di hadapan lebih 1,000 hadirin di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, walaupun diberikan cuti bersalin selama dua tahun, gaji hanya diberikan untuk tiga bulan pertama sahaja.

“Pada masa ini Kelantan tak boleh bagi cuti bersalin selama dua tahun kerana pekerja terikat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terutama kiraan untuk pencen.

“Jika Pas menang dan saya jadi perdana menteri, saya akan beri cuti bersalin kepada wanita selama dua tahun,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here