Panduan Mengisi Borang e-Filing Cukai Pendapatan 2013

Panduan Mengisi Borang e-Filing Cukai Pendapatan 2013

LHDN sentiasa menggalakkan pembayar cukai mengisi borang melalui e-Filing kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos, malah memastikan keselamatan data sampai terus ke LHDN serta dapat memelihara alam sekitar dengan kurangnya penggunaan kertas. Berikut ialah panduan mengisi borang e-Filing cukai pendapatan.

Pengguna e-Filing Kali Pertama

Jikalau anda baru pertama kali menggunakan sistem e filing LHDN Malaysia ini, apa yang perlu anda lakukan ialah membuat permohonan nombor PIN melalui e-mel pin@hasil.gov.my, sila gunakan alamat e-mel sendiri pemohon dan setiap permohonan perlu disertakan dengan :

  1. No.Rujukan Cukai
  2. Alamat terkini
  3. Salinan MyKad (muka depan dan belakang)
  4. No telefon

Ataupun anda boleh juga pergi sendiri ke pejabat LHDN bagi mendapat nombor pin untuki akses masuk ke sistem e filing LHDN Malaysia. Manakala pembayar cukai yang pernah menggunakan e-Filling boleh terus menyediakan :

  1. Nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor pin
  2. Menyediakan dokumen penting seperti penyata gaji daripada majikan iaitu borang EA atau EC
  3. Menyediakan segala resit dan dokumen penting untuk mendapat pelepasan cukai sebelum memasukkan data-data ke dalam e-Filling
  4. Tetapi, pembayar cukai seperti anda tidak perlu menghantar borang EA atau EC, resit premium insurans, resit pembelian buku atau perubatan.
  5. Dokumen sokongan berkenaan perlu disimpan selama tujuh tahun untuk memudahkan LHDN menyemak sama ada tuntutan itu adalah benar. Atau seelok-eloknya sehingga 12 tahun lamanya

Kemudian setelah anda berjaya mendapatkan no PIN tersebut, anda perlu :

  1. Tentukan anda pembayar cukai daripada kelompok yang mana satu. Samada (gaji/peniaga) ?
  2. Akses masuk ke laman web e filing LHDN
  3. Pilih kelas anda. Samada anda – Be (gaji) ataupun B jika anda berniaga
  4. Jika anda penerima gaji pastikan kesahihan jumlah gaji anda sebelum masuk ke e-filing
  5. Jika anda peniaga (B) pastikan penyata akaun untung rugi dan Kunci kira-kira tersedia lebih awal sebelum masuk ke e filing LHDN Malaysia. Pastikan anda buat semakan melalui mana-mana akauntan terlebih dahulu, untuk membuat semakan sebelum akses masuk ke laman e filing LHDN Malaysia

Selalunya denda kerana terlewat/tidak menghantarkan borang ‘cukai pendapatan’ adalah sebanyak RM 200. Tarikh terakhir untuk menghantarnya, adalah pada 15 Mei 2013 ini.

Kadar Cukai Pendapatan Individu

Harap dielakkan untuk menunggu saat-saat akhir, barulah hendak bertindak untuk mengisinya. Akhirnya nanti apabila server e filing LHDN Malaysia “hang” anda juga yang akan berhadapan dengan masalah. Sementara keadaan masih lagi “terkawal” inilah, anda gunakan kesempatan dengan sebaiknya.

Kalau tahun lepas kutipan cukai pendapatan yang berjaya dikumpulkan oleh pihak LHDN Malaysia hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya bersamaan RM109.7 bilion. Kami jangkakan dengan peningkatan gaji terutamanya melibatkan kakitangan awam melalui skim SBPA kelak, bakal meningkatkan lagi pendapatan LHDN pada jumlah terkumpul pada tahun hadapannya. Mungkin?

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.