Panduan & Kaedah Mengira Zakat Pendapatan | Blog Berita Online

Panduan & Kaedah Mengira Zakat Pendapatan

August 25th, 2013 0 Comments Agama, Info

http://1.bp.blogspot.com/-jUHikyhd7s0/TcPs6HfTAlI/AAAAAAAAApM/B4ZRzmGztFM/s400/zakat44.jpgZakat ke atas pendapatan adalah wajib dikeluarkan sebagaimana yang telah di fatwakan oleh kebanyakan ulama muta’akhirin termasuk Prof. Dr. Yusof Qardhawi dan Dr. Hussein Shahatah, demikian juga oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Umumnya, terdapat 2 kaedah pengiraan zakat pendapatan iaitu:

  • 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun ( jika pendapatan tidak kurang dari nisab)
  • 2.5% atas pendapatan yang layak dizakat setahun iaitu setelah ditolak segala perbelanjaan asasi setahun dan bakinya hendaklah melebihi nasab.

KAEDAH 1: Menggunakan kaedah pendapatan kasar
Contohnya jika pendapatan kasar setahun adalah sebanyak RM 33,800. Maka, kadar zakatnya adalah RM 33,800 x 2.5% : RM 845.00

KAEDAH 2: Menggunakan kaedah pendapatan bersih
Contoh

A PENDAPATAN
Gaji ( RM 1,500 X 12 bln) RM 18,000.00
Kerja Lebih Masa RM 8,000.00
Elaun RM 5,000.00
Bonus RM 800.00
Lain2 Pendapatan RM 2,000.00
JUMLAH RM 33,800.00

B PERBELANJAAN DIBENARKAN

Diri Sendiri RM 9,000.00
Isteri RM 3,000.00
Anak-anak (RM 1,000.00 seorang) RM 4,000.00
Pemberian Ibu Bapa RM 2,400.00
Caruman KWSP RM 2,400.00
Caruman Tabung Haji RM 600.00
Caruman kepada institusi yang telah RM 1,200.00
membayar bagi pihak ahli
JUMLAH RM 22,600.00

C PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT

RM 33,800.00 – RM 22,600.00 : RM 11,200.00
(nilai melebihi nisab. contoh nisab 2011 RM 10,670)

Maka, zakit yang wajib dibayar adalah RM 11,200.00 x 2.5%: RM 280 setahun.

RM 280/12, maka kadar bulanannya adalah RM 23.33.

Oh ya, jika anda tidak yakin dengan kiraan sendiri ini, bawa slip gaji terbaru ke mana-mana pusat zakat yang berdekatan. Pihak amil akan mengirakannya untuk anda. Untuk info tambahan, sila ke laman web Pusat Zakat Negeri Sembilan.

Jadi, bersama-samalah kita menyumbang sesuatu kepada pembangunan ummah Islam ini ya. Selamat berzakat.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post