Pelakon dan pelawak komedi, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pak Piee meninggalkan dunia di kediaman anak perempuannya di Teluk Bahang di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.

Berita mengenai kematian beliau disahkan oleh rakan karibnya, Omar M Hashim atau Omara kepada Kosmo! sebentar tadi.

Omara berkata, dia dimaklumkan mengenai berita kematian Pak Piee daripada anak arwah sendiri menerusi panggilan telefon.

“Anak dia (Pak Piee) beritahu yang bapanya baru meninggal dunia 10 minit tadi dan kini sedang sibuk menguruskan jenazah,” katanya.

LEAVE A REPLY