Orang Ramai Boleh Mohon Buka KR1M Sendiri | Blog Berita Online

Orang Ramai Boleh Mohon Buka KR1M Sendiri

January 15th, 2012 0 Comments Dalam Negeri

Kerajaan mensasarkan membuka sekurang-kurangnya 85 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Setakat ini 26 buah KR1M telah beroperasi. Mulai tahun ini juga, orang ramai serta mana-mana perbadanan boleh memohon membuka dan menjalankan perniagaan Kedai Rakyat 1Malaysia mereka sendiri.

Syarat-syarat dan borang permohonan boleh didapati daripada laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di www.kpdnkk.gov.my serta di semua cawangan pejabat kementerian itu.

Mengenai isu keselamatan produk yang dijual, pihak kementerian telah mengarahkan semua 200 produk makanan di KR1M dihantar untuk pemeriksaan dan semua produk mestilah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum dijual.

Satu pasukan pemantau khas yang dianggotai pegawai daripada Pejabat Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Agama Islam bersama penguatkuasa KPDNKK ditubuhkan untuk memeriksa semua produk makanan yang dijual di KR1M.

Sehingga 31 Dis tahun lepas nilai jualan yang diperolehi 26 buah KR1M di seluruh negara mencapai RM12.4 juta.

KR1M kini menjual 250 produk dengan menggunakan label jenama generik “1Malaysia Kedai Rakyat” selain boleh menjual produk Coop 1Malaysia yang dikeluarkan Felda.

Barangan dan produk berjenama 1Malaysia yang dijual di KR1M adalah lebih murah sehingga hampir 50 peratus berbanding jenama terkemuka lain.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg