Pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kalah 21-14, 21-12 kepada wakil Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir sebentar tadi, sekaligus gagal meraih emas pertama negara.

Walau bagaimanapun, pasangan beregu campuran ini berjaya menyumbang pingat perak kepada kontinjen Malaysia.

Pencapaian ini boleh dibanggakan kerana sebelum ini Peng Soon/Liu Ying hanya meletakkan matlamat untuk melepasi peringkat kumpulan sahaja.

Ini merupakan pingat ketiga negara dalam saingan Sukan Olimpik Rio 2016.

Sebelum ini, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong memenangi pingat perak pertama negara menerusi acara terjun 10m platform seirama.

LEAVE A REPLY