Wayde Van Niekerk mempamerkan larian cemerlang untuk meraih pingat emas acara 400 meter dan memecahkan rekod acara tersebut di Sukan Olimpik Rio 2016.

Niekerk memberitahu bahawa dia memiliki keyakinan untuk memecah rekod 400 meter milik Michael Johnson.

Atlet Afrika Selatan itu mengetepikan Kirani James dan LaShawn Merritt untuk mencatatkan masa 43.03 saat, memperbaharui rekod dunia (43.18 saat) yang dilakukan oleh Johnson pada Kejohanan Dunia 1999.

“Saya percaya saya mampu untuk memecah rekod dunia,” kata Niekerk.

“Saya sudah telah mengimpikan kejayaan ini, saya sangat bersyukur.”

LEAVE A REPLY