Pemain badminton negara Lee Chong Wei mengalahkan musuh tradisinya Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki sebentar tadi in Rio de Janeiro.

Pemain nombor satu dunia Chong Wei berjaya mengekang kehebatan juara Olimpik dua kali dari China ini dengan mencatat keputusan 15-21, 21-11, 22-20 dalam perlawanan yang cukup mendebarkan.

Lawan Chong Wei di final akan ditentukan dalam perlawanan separuh akhir kedua di antara pemain Denmark, Viktor Axelsen dan pemain China, Chen Long sebentar lagi.

Perlawanan akhir bagi merebut pingat emas perseorangan lelaki akan berlangsung pada Sabtu, 20 Ogos, jam 8.20 malam.

Ini merupakan kali ketiga Chong Wei bertemu Lin Dan di Olimpik, setelah pertemuan mereka pada final perseorangan lelaki 2008 di Olimpik Beijing dan 2012 di Olimpik London.

Chong Wei mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Taiwan, Chou Tien-chen 21-9, 21-15 pada peringkat suku akhir.

LEAVE A REPLY