Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akur apabila tewas kepada Chen Long di final, malam tadi.

Pemain nombor satu dunia itu berkata dia sudah memberikan yang termampu tetapi lawannya, Chen Long dari China, lebih bersedia.

“Malah saya anggap permainan saya di sini lebih baik berbanding ketika aksi final di Beijing 2008 dan London 2012.

“Namun, saya perlu akur Chen Long lebih bagus dan bersedia kali ini. Dia berjaya membalas setiap pukulan saya,” katanya.

Kekalahan 18-21, 18-21 kepada Chen Long yang juga juara dunia dua kali itu juga menyaksikan Chong Wei buat kali ketiga berturut-turut berpuashati memenangi perak.

Di Beijing 2008 dan London 2012, Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia tewas kepada Lin Dan.

LEAVE A REPLY