Skuad badminton negara terus mempamerkan aksi memukau apabila menempah satu lagi slot perlawanan akhir.

Beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menumbangkan pasangan China, Chai Biao-Hong Wei 21-18, 12-21, 21-17 pada aksi separuh akhir sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia berjaya mengesahkan kutipan sekurang-kurangnya satu lagi pingat perak selepas beregu campuran turut mara.

LEAVE A REPLY