Pasangan Goh V Shem-Tan Wee Kiong meraih pingat perak selepas tewas kepada gandingan China, Fu Haifeng-Zhang Nan pada final badminton beregu Sukan Olimpik Rio, hari ini.

Beregu utama negara itu kalah saingan tiga set mendebarkan 21-16, 11-21, 21-23.

Harapan pingat emas kini disandarkan kepada pemain perseorangan lelaki dan ranking pertama dunia, Datuk Lee Chong Wei yang akan beraksi pada final menentang Chen Long dari China, jam 8.20 malam ini.

LEAVE A REPLY