Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussien Onn 2, Nur Darleen Dazreeza Azhar, 15, yang dipercayai dibawa lari pagi tadi, ditemui selamat petang ini.

Nur Darleen dihantar pulang ke rumahnya oleh orang awam pada 2.30 petang selepas ditemui berjalan sendirian berhampiran pasaraya tidak jauh dari rumahnya.

Dalam kejadian 7 pagi, Nur Darleen dikatakan sedang menunggu van di depan rumahnya untuk ke sekolah sebelum dilarikan dua lelaki menunggang motosikal.

Kejadian itu dilihat pemandu van dan beberapa pelajar yang berada di dalam van berkenaan.

Video Nur Darleen Dazeera Azhar Ditemui Selamat

LEAVE A REPLY