novel-cinta-2Jika anda seorang yang sangat gemarkan membaca novel cinta seperti ‘Suri Hati Mr. Pilot’, ‘Dia Semanis Honey’ dan macam-macam lagi, ia sebenarnya baik untuk otak.

Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pakar dari Emoy University. Kajian mendedahkan, membaca novel boleh membuat perubahan di dalam otak.

Para penyelidik meminta 21 wanita untuk membaca 1/9 bahagian novel The Notebook oleh Nicholas Sparks setiap malam selama 9 hari berturut-turut.

Hasil dari kajian mendapati, ada peningkatan dalam sambungan otak ke atas responden yang terlibat.

novel-cinta

Sambungan otak adalah hubungan antara sel-sel otak dengan sel-sel lain dalam tubuh manusia. Ia sekaligus merupakan proses yang baik untuk otak.

Dalam masa yang sama, daya aktiviti otak semakin meningkat dan daya kretiviti juga lebih baik.

Novel cinta bukan saja memberi hiburan, malah dapat meningkatkan kemampuan berbahasa serta daya kreativiti.

LEAVE A REPLY