Noor Nabila tidak membenarkan bakal suaminya Sharnaaz Ahmad untuk melakonkan babak-babak panas yang boleh menjejaskan rumah tangga mereka yang bakal dibina.

Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 33, berkata, Sharnaaz, 32, seharusnya lebih mengetahui batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang suami.

“Jangan cari pasal, saya tidak benarkan kalau dia berlakon babak-babak panas seperti dalam filem Hollywood tu.

“Tapi di Malaysia sekarang ramai sudah pelakon wanita bertudung dan tidak perlu babak panas untuk menimbulkan rasa romantik. Banyak sahaja drama yang mendapat perhatian tanpa melakukan adegan seperti itu.

“Pada saya dia sendiri sudah tahu batas-batas yang perlu dijaga olehnya selepas berkahwin nanti,” ujar Noor Nabila kepada mStar Online.

Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Julai 2013, namun berpisah pada 2014.

Sharnaaz dan Noor Nabila menjawab soalan media pada majlis pengumuman tarikh perkahwinan mereka pada Isnin.

Kakak kepada pelakon Neelofa itu ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinannya dengan aktor Sharnaaz Ahmad, di Club Hoiuse, Duta Tropica di sini pada Isnin.

Pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 di kediaman wanita itu di Duta Tropika, di sini pada malam Jumaat.

Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada 2 April di Kuala Lumpur dan 16 April di Pulau Pinang.

LEAVE A REPLY