Mayat seorang lelaki Nepal dengan kesan kelar dan tikaman dijumpai di padang permainan kanak-kanak di Lorong Nagasari, Perai pada Isnin.

Mayat Pandey Radhe Shyam, 26, ditemui seorang lelaki yang melalui kawasan padang permainan itu kira-kira 8 pagi.

“Terdapat kesan kelar pada leher dan tikaman pada perut lelaki itu yang bekerja sebagai operator kilang di Bukit Tengah,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid di sini.

Beliau berkata polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan padang permainan itu.

Nik Ros Azhan berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan meminta orang ramai menghubungi balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat kejadian.

LEAVE A REPLY