Sebelum ni heboh tentang ‘Nasi Lemak Anak Dara’, sehinggakan ramai lelaki sanggup beratur panjang untuk membeli nasi lemak dan bertemu dengan penjualnya yang cantik manis.

Tapi, lepas dah tahu si empunya badan dah berpunya, mesti ramai lelaki patah hati. Jangan risau, bunga bukan sekuntum cik abang oi.

Kali ini, kami ingin kongsikan kisah seorang gadis yang juga peniaga nasi lemak. Yang pasti, Miz Ayus Aqillah ini tak tiru pun ‘Nasi Lemak Anak Dara’.

Menurut sumber, gadis ini sudah mula membantu ibunya berniaga nasi lemak sejak di Tingkatan 2 lagi. Memang tak ada istilah ‘copy paste’.

Setiap malam, gadis ini akan menjual nasi lemak berdekatan Uptown Batang Kali. Setiap pagi hari minggu pula, berdekatan dengan Masjid Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.

Apa yang berbeza nasi lemak ini dengan tempat lain ialah harganya memang murah. Nasi lemak biasa dijual dengan harga RM1. Yang berlauk pula RM2.50 hingga RM3.00.

Lebih menarik, gadis cantik ini bukan jual nasi lemak je tau. Siap jual produk kecantikan sekali, kalau ada sesiapa yang inginkan kulit gebu gebas sepertinya.

Dah la jual nasi lemak murah, orangnya pun cantik. Harap-harap belum berpunya lagi.

LEAVE A REPLY