Rangkaian stesen minyak Oblast di Rusia melakukan gimik pemasaran yang cukup luar biasa di kalangan pelanggannya, iaitu mereka hanya perlu memakai bikini dan kasut bertumit tinggi sekiranya ingin mengisi minyak secara percuma.

Walaupun kebanyakan penduduk menganggap strategi pemasaran dan promosi itu seperti merendah-rendahkan wanita namun tak disangka-sangka rupanya ramai yang berani menyahut cabaran tersebut demi mendapatkan minyak percuma.

Ianya juga tidak terhad kepada pengguna wanita sebaliknya ada pelanggan lelaki yang sanggup memakai pakaian mandi serta high heels seperti mana syarat yang dituntut demi minyak percuma.

Gambar-gambar pengguna sedang mengisi minyak dalam keadaan yang cukup seksi itu kini tersebar meluas di rangkaian laman sosial negara berkenaan berikutan keunikan gimik yang diketengahkan itu.

LEAVE A REPLY