Najib umum ‘durian runtuh’ RM15,000 setiap keluarga peneroka

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian “durian runtuh” sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.

Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama ketua peneroka dengan replika cek keseluruhan bernilai RM1.69 bilion pada Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri, di FELDA Jengka 8, Pahang, hari ini.

Incoming search terms:

Leave a Reply

Your email address will not be published.