Najib Lancar Blueprint Pelancongan Langkawi | Blog Berita Online

Najib Lancar Blueprint Pelancongan Langkawi

December 8th, 2011 0 Comments Dalam Negeri, Ekonomi

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarkan Blueprint Pelancongan Langkawi bagi meletakkan nama pulau lagenda itu sebaris dengan pulau-pulau terkemuka dunia seperti Seychelles, Mauritius, Bali, Hawaii dan Maldives.

Sejajar dengan pelan terperinci yang membabitkan pelaksanaan program pembangunan Langkawi bagi tempoh 2011-2015 itu, Perdana Menteri berkata Langkawi perlu melaksanakan penjenamaan yang kuat dalam tempoh terdekat terutama dalam memperkenalkan alam semula jadinya yang hebat.

Menurut beliau, pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi dijangka menggandakan pendapatan sektor pelancongan kepada RM3.8 bilion melalui kehadiran tiga juta pelancong pada 2015 di samping mewujudkan 4,200 peluang pekerjaan.

Perdana Menteri berkata, sebanyak RM5 bilion pelaburan diperlukan dalam tempoh pelaksanaan rangka pembangunan itu dengan 52 peratus pelaburan akan dijana oleh sektor swasta.

Kerajaan memperuntukan RM420 juta bagi menjayakan pembangunan sebagaimana yang disenaraikan dalam pelan itu dan peruntukan itu telah diumumkan dalam Bajet 2012.

Najib juga berharap Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menangani segera ancaman hakisan di Pantai Cenang kerana ia merupakan lokasi tarikan pelancong.

Katanya pantai itu akan diberi wajah baru dengan pembangunan semula secara holistik dengan pembangunan zon komersil dan menjadikannya pantai bagi kegiatan riadah keluarga serta pelancong.

Beliau turut mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Khalid Ramli, 62, sebagai Pengurus Besar LADA yang baru. Pelantikan itu berkuatkuasa bulan ini.

Najib berkata beliau yakin pengalaman dan kepakaran Khalid dalam perkhidmatan awam di peringkat negeri dan persekutuan akan membolehkan beliau melaksanakan aspirasi Blueprint Pelancongan Langkawi itu dengan jayanya.

Sempena pelancaran itu, Najib bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Akademi Pelancongan melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Taylor’s University.

Kementerian Pengajian Tinggi diwakili Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Datuk Omar Abdul Rahman manakala Taylor’s University diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Hassan Said.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

Stats
Entertainment Blogs Entertainment Blogs Blogged.my Kedai Backlink,Backlink Percuma lebih007's Profile on Ping.sg