KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyuarakan kebimbangan berhubung proses keadilan membabitkan kesnya di Mahkamah Tinggi di sini.

Kebimbangan tersebut disuarakan melalui sepucuk surat dari firma guaman Shafee & Co yang dialamatkan kepada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan disampaikan secara serahan tangan semalam.

Surat yang sama turut diserahkan kepada Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak dan Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali semalam.

Surat tersebut antara lainnya mempersoalkan tindakan Hakim Mohd. Sofian ditukarkan secara tiba-tiba dan juga pelantikan Hakim Mohd. Nazlan yang disifatkan sebagai seorang ‘hakim yang mempunyai misi tersendiri’.

Hakim Mohd. Nazlan dilantik menggantikan Hakim Mohd. Sofian yang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Dagang di sini berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Pada wakti sama, kontroversi tercetus apabila Hakim Mohd. Sofian diketahui merupakan adik kepada ahli Exco Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd. Soffi Abd. Razak. – UTUSAN ONLINE

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.