Politik

Najib hairan projek dianggap jual negara kini penting

By Faizul Lazim

August 06, 2018

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan mengapa projek dibuat semasa beliau menjadi Perdana Menteri dilabel menjual negara tetapi sekarang, ia tiba-tiba menjadi projek penting.

Menurutnya, projek yang boleh membawa Melaka ke zaman kegemilangan Kesultanan Melaka walaupun projek itu tidak mengalami apa-apa perubahan dari segi skop projek atau pemegang saham.

“Saya masih ingat bagaimana Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamed pernah melawat Forest City sambil menuding jarinya ke papan tanda iklan hartanah hak milik kekal.

“Anaknya Mukhriz Mahathir pula menuduh saya sebagai satu-satunya Perdana Menteri yang jual tanah hak milik kekal kepada warga asing,” katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Najib berkata, sebelum PRU14, dua isu utama termasuk projek Melaka Gateway sering dimainkan Dr Mahathir dan pemimpin PH dengan menuduhnya menjual negara.

Katanya, Dr Mahathir sering menyerangnya dengan melabel projek itu sebagai buktinya menjual kedaulatan negara kepada pihak asing.

“Apa-apa pun, tohmahan dan fitnah dilakukan saya reda dan memaafkan mereka yang membuat tuduhan melulu sebelum ini.

“Saya optimis projek-projek ini bakal memberi pembangunan ekonomi dan menjana pekerjaan,” katanya.

Beliau juga mendoakan projek-projek tersebut akan dimajukan dengan lancar dan matlamat tercapai