SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa meluluskan projek tanpa tender terbuka pemasangan bekalan tenaga solar di 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion pada Januari lepas.

Memetik laporan Sarawak Report, projek itu dianugerahkan kepada syarikat sewa kereta di Bintulu dan mendakwa Najib melanggar prosedur biasa Kementerian Pendidikan.

“Najib didakwa menandatangani dua surat pada Julai 2016 dan November 2016, bagi membolehkan syarikat itu mendapatkan kontrak kerajaan,” kata laporan itu.

Laporan itu turut mendedahkan, kakitangan Kementerian Pendidikan yang membangkitkan kebimbangan mengenai projek tersebut dipindahkan dan semua laporan polis dibuat mereka diabaikan pihak berkuasa sebelum PRU14 yang lalu.

“Kakitangan Kementerian Pendidikan yang membangkitkan kebimbangan mengenai kawalan kualiti projek berkenaan dipindahkan, laporan kepada polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga diabaikan sehingga pilihan raya lepas,” dakwa laporan itu.

Projek berkenaan sepatutnya disiapkan dalam tempoh 18 bulan berlanjutan sehingga tiga tahun dan sehingga kini tiada kerja-kerja pemasangan dibuat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.