Johor Bahru – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah kepada ibu bapa supaya memantau anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terbabit daripada insiden tidak diingini.

Sultan Johor tiba di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebentar tadi bagi melawat keluarga dan waris mangsa membabitkan lapan remaja yang maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini, pada jam 3 pagi tadi.

“Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka. “Biar mereka menangis, jangan kita yang menangis.

“Saya sendiri sudah kehilangan anak dan saya faham perasaan anda,” titah baginda.

Dalam kejadian itu, lapan remaja maut, lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah di sini, awal pagi tadi.

Mereka yang terbunuh ialah pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun dalam kejadian pada jam 3 pagi itu.

LEAVE A REPLY