Seorang murid tahun enam sebuah sekolah rendah di Jalan Raja Chulan di sini nyaris buta apabila tertusuk sebilah gunting pada bahagian kening sebelah kanan matanya dalam satu kejadian tengah hari semalam.

Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar pukul 12 tengah hari semasa murid itu mengikuti program pasca peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut.

“Kejadian berlaku ketika murid itu mengikuti aktiviti pendidikan seni sebagai pengisian program selepas UPSR.

“Difahamkan semasa murid itu hendak pergi ke meja rakannya, dia terjatuh sendiri selepas tersadung meja lalu jatuh tertiarap sebelum gunting dipegangnya tertusuk pada bahagian kening mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa mengesahkan tersebut.

Katanya, tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

LEAVE A REPLY