Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendaftarkan parti politik baharu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia lewat hari ini.

Ahli Jawatankuasa Protem, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bahawa dokumen pendaftaran bagi penubuhan parti baharu yang akan dikenali sebagai ‘Bersatu’ itu akan diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pada pukul 3.30 petang, Selasa.

Ditanya mengenai sama ada parti politik baharu itu akan dianggotai oleh kaum Bumiputra, beliau mengesahkan bahawa ia menggunakan “model berasaskan Bumiputra”.

Bagaimanapun katanya terdapat perkara-perkara lain mengenai model itu namun tidak boleh didedahkan buat masa ini.

“Ia adalah satu model yang sangat menarik. Sila tunggu mengenainya,” katanya.

Dijangka bahawa Muhyiddin akan menerajui parti baharu itu sebagai presiden.

Setelah mendaftar, parti itu akan dianggap sebagai kumpulan serpihan Umno kerana ramai ahlinya dijangka dikalangan bekas ahli Umno.

LEAVE A REPLY