hasimuddin-kursai“Mereka (tentera Myanmar) bunuh emak saya, pancung kepala nenek saya yang berumur 85 tahun dan kakak saya ditembak, dirogol…tolong Malaysia!”

Demikian luahan seorang peserta Rohingya di Himpunan Solidariti Ummah Rohingya, Hasimudin Kursai,tatkala berbicara mengenai kekejaman tentera Myanmar terhadap bangsa dan keluarganya.

“Ya ALLAH tolong, Malaysia kami mohon jua bantulah kami,” katanya Sinar Online di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

Hasimudin berkata, dia juga telah diingatkan abangnya di sana supaya tidak menghadiri himpunan hari ini, kerana bimbang akan diambil tindakan oleh tentera Myanmar.

“Abang saya telefon saya, ingatkan jangan datang, tapi saya datang juga untuk solidariti umat Islam Rohingya,” katanya dalam yang menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan.

LEAVE A REPLY