Bangunan Seri Pentas di Bandar Utama terpaksa dikosongkan serta-merta selepas dikatakan menerima laporan ancaman bom dalam premis itu, malam tadi.

Menurut sumber, kesemua kakitangan diarah keluar sehingga Unit Pengesan Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tindakan lanjut.

“Situasi itu benar berlaku dan bukannya latihan. Ancaman panggilan itu dikatakan dari seseorang dan semua kakitangan berada di luar bangunan,”katanya kejadian sudah dimaklumkan kepada pihak polis.

Seorang kakitangan syarikat itu menerusi rakaman siaran langsung di media sosial berkata, ketika kejadian dia dan beberapa rakan sepejabat sedang bermesyuarat sebelum melihat kehadiran polis.

Anggota polis mengarahkan mereka yang berada dalam bangunan itu keluar dengan serta-merta.

“Apabila ditanya, anggota polis beritahu ada panggilan ancaman bom di sini.

“Kami difahamkan panggilan itu dibuat seorang lelaki yang mengaku dirinya Imam Mahdi,” katanya.

Sementara itu difahamkan, Unit Pengesan Anjing (K9) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berada di lokasi bagi melakukan pemeriksaan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.