Presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata partinya terbuka bekerja sama dengan kesemua parti-parti pembangkang, termasuk PAS dalam pilihan raya kecil kerusi DUN itu.

“Kami akan bekerja sama dengan semua parti tanpa mengira komponen (yang menjadi gabungannya).

“Yang paling penting mereka adalah parti pembangkang.

“Gabungan parti pembangkang perlu bekerja sama dalam melawan kerajaan ini kerana kerajaan tidak dapat menunaikan banyak janjinya,” dakwa beliau pada sidang akhbar selepas melancarkan bilik gerakan arti itu di Balakong hari ini.

Ketika ditanya jika beliau terbuka untuk menjalin hubungan dengan PAS, beliau berkata “ya” selagi mereka dapat bekerja bersama-sama.

“(Kami akan bekerja sama dengan) sesiapa yang memiliki agenda yang sama, sebarang parti yang mempunya agenda semak dan imbang terhadap kerajaan ini,” katanya.

Liow mengakui parti itu berada dalam kedudukan bukan pilihan pada PRK 8 September ini. Bagaimanapun, beliau menggesa pengundi memberikan “peluang kepada MCA” bagi mempunyai suara dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Setiap undi untuk MCA bermakna kami boleh semak dan imbang kerajaan negeri dengan lebih baik,” kata Liow.

Beliau juga berkata MCA telah menyenarai pendek empat calon untuk Balakong dan akan mengumumkan keputusan akhirnya sebelum hari penamaan calon pada Sabtu, 18 Ogos akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.