MCA akan gagal menjadi pembangkang yang bewibawa melainkan jika parti itu mengecam peranan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini.

MCA, yang bertanding menentang DAP dalam pilihan raya kecil Balakong, turun berkempen atas dasar mahu menyemak dan imbang DUN Selangor yang dikuasai Pakatan Harapan.

Menjawab hal ini, Lim berkata MCA tidak layak melaksanakan tugas itu.

“Semak dan imbang memang diperlukan tetapi MCA tidak boleh melaksanakannya kerana mereka perlu melakukan pembaharuan… Lima tahun yang lalu (pada pilihan raya umum ke-13), mereka menyokong Najib dan mereka perlu memohon maaf untuk itu.

“(Mereka perlu mengakui mereka) salah kerana membantunya dan bersubahat dalam jenayah dan rasuah skandal 1MDB yang besar.

“Kecuali jika mereka bersedia membuat pendirian mengecam Najib dan 1MDB (mereka tidak boleh melakukan pembaharuan),” katanya kepada pemberita selepas membantu calon DAP, Wong Siew Ki berkempen di Kampung Baru, Batu 11, pasar pagi Cheras.

“Kecuali mereka (MCA) melakukan reformasi, jika tidak, maka MCA tiada wibawa apa pun dan mereka tidak akan mendapat sokongan rakyat,” jelas Lim.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini menggesa pengundi untuk memilih patinya bagi menyemak dan mengimbangi Pakatan Haraan.

PH menguasai DUN Selangor dengan 51 daripada keseluruhan 56 kerusi. Umno memiliki empat kerusi dan PAS mendapat satu kerusi DUN.

PRK Balakong pada 8 September ini dibuat berikutan kematian ADUN penyandangnya, mendiang Eddie Ng yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Calon DAP, Wong akan menghadapi calon MCA, Tan Chee Teong pada pilihan raya kecil ini.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.