DUNGUN – Beberapa pengutip sampah tergamam dengan penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat di pusat pembuangan sampah Bukit Lat, Kampung Serdang di sini hari ini.

Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai di dalam beg plastik hitam di pusat pembuangan sampah terbabit pada pukul 2.30 petang.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, mayat bayi lelaki berkenaan ditemui sewaktu salah pengutip sampah di lokasi berkenaan bertindak mengoyakkan beg plastik hitam terbabit untuk tujuan memudahkan proses penguraian.

Beliau berkata, pengutip sampah terlibat yang berumur 45 tahun itu kemudiannya memaklumkan penemuan mayat tersebut kepada pihak polis.

“Sepasukan forensik kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian sebelum menghantar mayat bayi lelaki berkenaan ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati mayat bayi itu berkemungkinan di buang di dalam tong sampah di sekitar daerah ini sebelum dikutip lori sampah bagi tujuan pelupusan ke tempat pembuangan sampah berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.