Bayan Lepas – Mayat bayi lelaki dipercayai baharu dilahirkan ditemui di dalam tandas sebuah warung di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, seorang wanita menemui mayat bayi itu ketika mahu menggunakan tandas berkenaan sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar, berkata anggota polis yang melakukan pemeriksaan kemudian menemui mayat bayi lelaki berkenaan dalam keadaan merengkuk di atas lantai tandas.

“Pemeriksaan lanjut oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Balik Pulau (HBP) mendapati bayi berkenaan adalah cukup sifat dan masih mempunyai tali pusat.

“Usaha mengesan ibu bayi masih dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak berkuasa,” katanya.

LEAVE A REPLY