Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman kini memangku jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berikutan perletakan jawatan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid, hari ini.

Ahmad Razif akan memangku jawatan itu sehingga mesyuarat agung persatuan terbabit diadakan nanti.

Wan Ahmad Nizam berkata, beliau melepaskan jawatan itu kerana bertanggungjawab di atas prestasi pasukan berkenaan ketika ini.

Menurutnya, beliau berharap tindakannya itu dapat menyuntik semula semangat pemain untuk berjuang dalam baki saingan yang ada.

“Saya lihat rata-rata pemain sudah tidak mempunyai semangat untuk berjuang dan pembabitan menteri besar akan mendorong pemain semula,” katanya selepas Mesyuarat Khas PBSNT di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY