Tahun lalu lelaki Islam di Kelantan yand didapati memakai seluar pendek akan dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara enam bulan. Kali ini giliran wanita pula.

Termaktub di dalam Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985, hukuman ini sudah lama wujud.

Mengikut enakmen berkenaan, memakai seluar pendek paras atas lutut dan perem­puan yang berseluar serta berbaju ketat, berlengan pendek, tidak bertudung, adalah kesalahan dalam adab berpakaian.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) mula mengeluarkan saman ke atas wanita yang berpakaian ketat.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, dilihat beberapa orang wanita disaman oleh pihak berkuasa kerana memakai pakaian menjolok mata.

Posting tersebut mendapat perhatian netizen di media sosial dan rata-rata mereka bersetuju jika peraturan tersebut diwujudkan di seluruh Malaysia dengan tujuan untuk mendidik umat Islam berpakaian sopan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.