Beberapa hari sebelum bermulanya Liga Super Malaysia tempoh hari, bekas jurulatih pasukan bola sepak Johor Darul Takzim JDT Mario Gomez meletak jawatan sebagai jurulatih.

Rentetan daripada perletakan jawatan itu, wujud beberapa spekulasi yang mengatakan kurang persefahaman antara Mario dan JDT.

Seperti yang kita tahu pemilik kelab JDT Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor memang penuh dengan kejutan.

Rupanya ada ‘rancangan’ lain yang telah diatur oleh TMJ. Melalui page Johor Southern Tigers, Mario diumum jurulatih pasukan kebangsaan. So confirm lah TMJ presiden FAM yang baru?

Prestasi skuad kebangsaan yang merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagaikan tiada berkesudahan. Sehingga peminat ‘patah hati’ untuk memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak negara.

TMJ antara individu yang disebut-sebut dan diharapkan dapat membawa perubahan kepada skuad bola sepak negara.

Berdasarkan kejayaan TMJ bersama JDT, tak mustahil impian rakyat Malaysia untuk melihat prestasi bola sepak negara kita kembali meningkat akan tercapai.

LEAVE A REPLY