Man City hampiri kejuaraan EPL

newcastle vs man cityManchester City mencerahkan peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) edisi ke-20 setelah menewaskan Newcastle United, 2-0 di Stadium Sport Direct Arena, awal malam tadi.

Turun dengan misi mesti menang, kedua-dua pasukan mempunyai matlamat berbeza anak buah Roberto Mancini mahu terus mengungguli takhta liga, manakala anak buah Alan Pardew mahu mengisi satu dari empat slot automatik ke Liga Juara-Juara pada musim depan.

Permulaan membosankan babak pertama, dimeriahkan babak kedua, Yaya Toure dengan jaringan pada minit ke-70 hasil hantaran Sergio Kun Aguero.

Toure sekali lagi menjadi duri dalam daging The Magpies apabila melepaskan sepakan cantik melepasi gawang tuan rumah yang di kemudi, Tim Krul pada minit ke-89.

Kini, gelaran liga makin digapai anak didik Roberto Mancini dalam usaha menamatkan kemarau 44 tahun tanpa kejuaraan EPL selepas terakhir memenangi pada 1968.

Manchester City hanya perlu menang pada perlawanan terakhir liga mereka menentang Queens Parks Rangers untuk memastikan kejuaraan edisi kali ini milik kelab dari kota Manchester berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.