Ketika pelakon Rozita Che Wan teruja bercerita mengenai pelantikannya sebagai duta produk dengan pendapatan jualan RM80,000 sehari, wanita itu menerima nasib malang selepas menyedari kereta jenis Toyota Vellfire warna hitam miliknya telah hilang dipercayai dicuri.

Pengurusnya, Afiq Wahab memberitahu, Rozita menyedari kejadian berkenaan apabila dia hendak keluar dari rumahnya di USJ Subang pada Selasa.

“Kereta Villfire berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WWQ93 itu diparkir sejak malam tadi di kawasan kediaman mereka di USJ Subang dan pagi tadi ketika hendak keluar kereta berkenaan disedari hilang.

“Dia minta agar orang ramai dapat viralkan perkara ini dan bantu mencari kereta berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Afiq berkata, pelakon itu kini berada di balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

Kereta berkenaan dianggarkan berharga lebih RM200,000.

LEAVE A REPLY