Seorang ‘wanita’ dari Malaysia telah memenangi Pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia 2017, di Melbourse, menewaskan 12 peserta lain.

Laeticia Phylliscia Raveena, yang berasal dari Kuala Lumpur memenangi hadiah baucar bernilai AS$15,000 (RM66,450) daripada Hospital Kosmetik Kamol, Bangkok.

Menurut laman Facebook Miss Gay & Miss Transeksual, Laetica yang juga merupakan seorang chef turut memenangi kategori “Best in Rio Carnival Costume”.

Difahamkan, Laeticia akan menggunakan gelaran yang diterima untuk mempromosikan Rising Star, sebuah organisasi yang ditubuhkannya untuk memberi inspirasi kepada wanita transgender berbakat untuk menyerlarkan potensi diri mereka.

Pertandingan tahunan ini adalah yang terbesar seumpamanya di Australia, khas untuk penyamar perempuan, transeksual, penghibur “drag queen” dan wanita transgender.

LEAVE A REPLY