Gambar seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita viral di media sosial kerana netizen teruja dengan ketinggian yang dimiliki pelajar berkenaan.

Menurut netizen, remaja lelaki itu merupakan pelajar di Sekolah Menengah Sungai Manggis, Banting.

Pelbagai reaksi yang diberikan netizen yang rata-rata menganggap ketinggian itu memberikan banyak kelebihan terutamanya dalam bidang sukan.

“Mak aih, tingginya. Makan apa sampai boleh jadi tinggi begitu?” soal netizen.

Ada segelintir netizen yang mendakwa, guru wanita itu sebenarnya rendah menyebabkan pelajar lelaki itu nampak tinggi.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat pendapat sedemikian tidak masuk akal kerana ketinggian pelajar itu saja sudah menyamai tinggi bingkai pintu.

LEAVE A REPLY