Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza kongsikan video pelakon Lufya Omar bersama anak perempuannya yang sangat sukakan lagu ‘Comel Pipi Merah’.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila ada seorang netizen yang mengkritik cara Lufya mengajar anaknya yang baru berusia enam bulan memakai tudung.

Menurut Lufya, dia sememangnya sengaja memakaikan tudung untuk mendidik anaknya di awal usia supaya tidak kekok untuk mengenakan hijab apabila sudah dewasa.

Walaupun dikritik, Lufya mengambil komen itu secara positif dan menjelaskan perkara sebenar.

“Sebenarnya netizen salah faham, anak saya pakai tudung itu bukanlah seharian. Hanya untuk setengah jam sahaja. Saya anggap komen mereka itu secara positif. Mungkin mereka bimbang melihat anak kecil kepanasan pakai tudung.

“Tapi bagi saya, ia salah satu cara untuk saya didik anak awal supaya nanti apabila dia dewasa dah tak rasa kekok,” katanya kepada mStar Online.

Namun ada yang menyokong tindakan Lufya kerana sememangnya anak perlu di ajar dari kecil untuk memakai tudung.

Lufya berkata, dia bercita-cita untuk menjadikan anaknya Hafizah apabila dewasa nanti. Baginya tidak salah jika anaknya didedahkan dengan perkaa baik sejak bayi lagi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.