Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya telah terkandas buat kali kedua dalam tempoh seminggu pagi ini, menjejaskan warga ibu kota yang sedang dalam perjalanan ke kerja.

Pada 9.41 pagi ini, akaun Twitter RapidKL mengumumkan perkhidmatan LRT laluan tersebut dihentikan apabila bekalan elektrik terputus antara stesyen Setiawangsa dan KLCC.

Insiden tersebut menyebabkan segelintir penumpang terpaksa keluar daripada gerabak tren yang terhenti dan berjalan di sepanjang landasan LRT ke stesyen terdekat di tengah hujan, mengikut beberapa coretan media sosial.

Pada 10.11 pagi, RapidKL mengumumkan bahawa bekalan elektrik telah disambung semula setelah semua penumpang berjaya dipindahkan.

Berikut merupakan beberapa rintihan pengguna media sosial yang terlibat dan menyaksikan insiden tersebut, kebanyakkannya berdekatan stesyen Jelatek, Dato Keramat, dan Damai di sini:

#Rapidkl problem lagi. Train on standstill between keramat&damai. Passengers get down walk on platform. pic.twitter.com/lafmG5qu1s

— Noorul Shah AMan. (@Hikikomorisan) September 9, 2016

Passengers are walking on the LRT track and had to go out from the train bcs its on hold. pic.twitter.com/A8DmZQbH8X

— Izzati Taufek (@IzzatiTaufek) September 9, 2016

Wtf kena keluar train kat tengah2 track lepas tu jalan kaki atas track? pic.twitter.com/PShzqww5zq

— NL (@nikkluqq) September 9, 2016

#lrt walk from Jelatek to Damai thanks @MyRapidKL @AskRapidKL pic.twitter.com/freqhM7J1k

— Leong Hong Seng (@lhs1991) September 9, 2016

Wow… Video captured by my friend this morning. Apa dah jadi @MyRapidKL ? Dah macam Fear Factor dah ni. pic.twitter.com/RO9spR8HR0

— A I D A S U E (@AidaSue) September 9, 2016

LEAVE A REPLY