Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automated Enforcement System (AES) adalah sistem penguatkuasaan keselamatan jalan raya yang beroperasi sepanjang masa, secara automatik, tanpa campurtangan manusia.

AES mengesan dan merakam kesalahan trafik secara automatik menggunakan sensor dan kamera yang dipasang di kawasan yang sering berlaku kemalangan. Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).

Buat masa ini pelaksanaan AES meliputi kesalahan-kesalahan memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Senarai Lokasi Kamera AES Seluruh Malaysia

Berikut adalah senarai 7 lokasi baru kamera AES yang diumumkan pihak JPJ. Antaranya:

  1. KM 151.4 Lebuhraya PLUS-Pagoh
  2. KM 299.9 Lebuhraya PLUS-Kampar
  3. KM 17 Gua Musang-Kuala Krai
  4. KM 96.3 Lebuhraya PLUS-Kuala Muda
  5. KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
  6. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
  7. KM 146.8 Lebuhraya PLUS-Pagoh

Selain itu, kawasan yang telah dipasang AES sebelum ini adalah meliputi kawasan berikut:

  1. KM 375.9 Lebuhraya PLUS-Slim River (arah Utara)
  2. KM 7 Jalan Maharajalela-Teluk Intan (arah ke Bagan Datoh)
  3. KM 91 Jalan Ipoh-Butterworth (arah ke Selatan)
  4. KM 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (arah Selatan)
  5. KM 204.6 Lebuhraya PLUS-Taiping (arah Utara)
  6. KM 6.6 SKVE (Puchong Ke Kajang)
  7. Jalan Lebuh Sentosa
  8. Putrajaya (Kajang menuju PICC)
  9. Jalan Persiaran Timur
  10. Putrajaya (PICC ke Kajang)
  11. KM D7.9 Sungai Besi
  12. Kuala Lumpur (arah ke Selatan)
  13. KM 301.6 Lebuhraya PLUS-Kajang (arah ke Utara)

Sistem Mata Demerit JPJ

Bagi pemahaman yang lebih jelas, JPJ turut menyebarkan garis panduan berhubung dengan Sistem Mata Demerit di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang dilaksanakan mulai 14 April 2017.

Semoga maklumat lokasi kamera AES ini dapat menggalakkan anda supaya mematuhi undang-undang jalanraya semasa memandu dan membantu menjadikan jalan raya lebih selamat untuk semua pengguna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.